Hitomi no Catoblepas

Hitomi no Catoblepas adalah siri manga yang diterbitkan oleh Yasuki Tanaka. Manga ini dimulakan pada 21 Mei 2007 dan berakhir pada 21 Mei 2007 selepas 15 bab dihasilkan. Cerita ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda yang bernama Shimura Tokio yang berasal dari keturunan keluarga terkenal di dalam membanteras yoma. Dia mempunyai kebolehan untuk memberhentikan masa dengan menggunakan kuasa yoma di mata krinya iaitu Catoblepas. Suatu hari, Tokio terserempak dengan seorang gadis iaitu Kishida Miko yang menjadi sasaran yoma. Dengan matanya, Tokio telah berhadapan dengan yoma dan berjaya menghalang gadis itu daripada menjadi mangsa beberapa kejadian misteri di bandar K selepas itu. Miko tidak tahu bahawa Shimura Tokio adalah jiran di bersebelahan rumahnya.Bab terakhir 45 muka surat akan dipaparkan di dalam jilid kedua dan tarikh pengumuman telah ditetapkan pada 2 November 2007.